"Aku menulis bukan kerna nama."
Sayalah pembunuh upahan.
Maaf, terdapat ralat di situ.
Maksud saya, sayalah penulis upahan.
Penulis upahan anda selepas ini.
Anda sedang mencari 'ghost writer' untuk buku autobiografi anda?
Anda berada di landasan yang tepat jika sedang membaca catatan saya ini.
Mari saya perkenalkan diri.
Saya terjun ke dunia komunikasi sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Terjemahan dengan Interpretasi (major) & Komunikasi (minor) dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Selain teori, saya juga mempunyai 12 tahun pengalaman kerja dalam industri sebagai penterjemah, penulis dan penyunting.
Hal ini termasuk pengalaman kerja sama ada sepenuh masa, sambilan dan bebas dengan syarikat tempatan atau antarabangsa termasuk beberapa syarikat Fortune 500 seperti:
1. Amazon
2. WhatsApp
3. Netflix
4. PETRONAS
5. PropertyGuru Asia
6. Mi Sedaap,
7. AXA Affin
8. Crown Records Management
9. Häagen-Dazs
10. Domino's Pizza
11. Mingguan Malaysia
12. Majalah Backpackerz
13. Catch That Bus
14. FGV Holdings Berhad
15. BETADINE Malaysia
16. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Jika anda mencari 'ghost writer', saya boleh katakan bahawa saya ialah orang yang paling tepat untuk projek penulisan buku autobiografi anda.
Hal ini berdasarkan pengalaman B2B dan B2C saya di syarikat penerbitan, syarikat e-dagang, syarikat aplikasi mudah alih, syarikat produksi, perunding latihan, dan agensi media digital di dalam dan luar negara.
Tempah perkhidmatan saya sekarang di sini selagi saya masih ada (baca: belum sibuk).