TULIS AUTOBIOGRAFI TANPA TULIS SEPANTAS 60 HARI
TULIS AUTOBIOGRAFI TANPA TULIS SEPANTAS 60 HARI
Perkhidmatan penulisan autobiografi VIP/VVIP menyediakan servis penulisan autobiografi berimpak dan meninggalkan legasi kepada masyarakat dan pembaca. Ini seterusnya akan menjadi penanda aras kemajuan sesuatu bangsa untuk diteladani. Kisah anda, buah fikir anda, kami bukukan untuk generasi mendatang.
Hai, saya Ash Hadzri.
Penulis biografi sepenuh masa sejak 2018 dan menawarkan khidmat penulisan autobiografi VIP/VVIP di Malaysia.
Namun saya telah bermula dalam bidang ini secara sambilan sejak 2012.
Dengan 12 tahun pengalaman penulisan secara profesional, saya telah menulis untuk individu berprofil tinggi seperti:
CEO
VIP
VVIP
Pengerusi
Pengasas produk & perkhidmatan
Kerjaya saya ini tidak sepopular di luar negara.
Penulis biografi ini sinonim dengan bidang ghostwriting.
Mereka yang terlibat dalam bidang ghostwriting dipanggil sebagai ghostwriter.
Saya merupakan book ghostwriter dalam bidang book ghostwriting.
Pelbagai panggilan lain digunakan untuk ghostwriter termasuk:
Penulis hantu
Penulis upahan
Penulis siluman
Penulis bayangan
Penulis tanpa nama
Tuan-tuan dan puan-puan ingin menulis dan menerbitkan buku?
Saya boleh bantu.
Saya mempunyai tawaran hebat.
Saya boleh membantu tuan-tuan dan puan-puan untuk menulis dan menerbitkan buku autobiografi pertama dalam hidup.
Saya akan mendokumentasikan kisah hidup tuan-tuan dan puan-puan yang penuh onak dan duri menjadi sebuah buku autobiografi sepantas 60 hari.
Menggunakan 69 langkah yang saya susun berdasarkan pengalaman sebagai seorang penulis biografi sepenuh masa sejak 6 tahun lepas.
Nak tahu caranya?
Hubungi saya di sini.
Anda bukan seorang VIP/VVIP jika tidak sibuk 24/7. Banyak lagi perkara lain yang hendak anda fikirkan selain menulis buku autobiografi sendiri. Penulis biografi sepenuh masa mampu melakukannya dalam masa yang singkat.
Takut tulisan anda tak sedap dibaca?Takut hendak membaca hasil penulisan sendiri? Upah sahaja pakar bidang jika takut buku autobiografi anda kurang berkualiti tidak seperti yang anda inginkan.
Bukan semua orang mampu menyusun kata dan menulis dari hati sehingga menusuk ke hati para pembaca. Setiap pakar ada caranya untuk menawan hati setiap yang membaca sehingga ke muka surat terakhir.
Tulislah buku sehingga buku anda tersebut boleh dibaca 1,000 tahun lamanya. Tulislah buku dengan harapan supaya ia akan menjadi panduan kepada generasi akan datang. Menanam 'pohon' untuk berteduh di 'sana'.
Setiap pakar bidang mempunyai 1,001 cerita tentang kepakaran dan pengalaman yang tiada tandingan. Jangan simpan untuk diri sendiri. Kongsikan untuk bacaan mereka yang memerlukannya. Bukukan ia supaya mudah untuk dicapai maklumatnya.
Ketika orang lain menghulurkan kad perniagaan untuk memperkenalkan diri, anda boleh menghulurkan buku sendiri sebagai salam perkenalan untuk kelihatan lain daripada yang lain dan berada dalam liga tersendiri. Percayalah bahawa pada saat itu pengaruh anda semakin menebal dan anda tidak lagi berada dalam liga yang sama dengan para